nak bace fefeling sikit :p
internet kuat baru bole bace sambil dengar backgroud music hihi
tapi kalau rase tak bole fokus bace, bole pausekan dulu music kat atas ni je yer :)
- TAHAJJUD -
kemulian seorang mukmin terletak pada tahajjudnya ...
pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah :')
masa berjalan dan terus berjalan.. eh bukanlah masa da macam berlari ni.. sorang demi sorang teman melangkah ke alam perkahwinan :')
mungkin sudah tiba masanya ... selepas satu-satu yang datang dan dilepaskan ...
*** *** *** *** *** *** ***
lately ni selalu pulak jumpe lectures zmn blajar ... antaranya ustaz naim ( warden ms rayu nak stay hostel dulu, dok sibuk bg surat kat ustaz. fotostat bebyk tuh, tiap kali nak dok hostel tggl mnta ustaz sign jer hehe :p )
cuma nak cerita ustaz rajin dtg tmn ni bg ceramah :)
nanti next entry blog sy, sy share berkaitan ceramah ustaz pula yer ... OK continue
then, join gym jumpe madam yanti pulak. ini madam zmn blaja AIS (salah satu subjek bdk acc) dedulu ...
madam pesan : bla ... bla ... bla...awak kena ada plan/matlamat contoh nak kawin bila. insyaAllah benda tu akan datang . aik ?? :O
tapi bila fikir2 betul jugak madam kata ... kena ada matlamat. yang realistic . dannnn sekarang mmg dah ada matlamat . malah semakin jelas .
borak punye borak lahaiii ngindu zmn belajau hehe . every moment terengat .
*** *** *** ***
zaman belajar mengajar kita macam-macam. da nama pun zaman belajau kan. for sure ia MENGAJAR kita. ada happy. ada drama sebabak ouh sedihnya. macam-macam lah.
kata imam Syafie perkara yang plg jauh dengan kita ialah masa silam :')
setiap yang terjadi pada masa silam, pada sy itu semua rencah yang menyedapkan & menyerikan hidup sy ...
the most important thing is semuanya dah berlalu ...
balik pada pesanan madam, istikharah cinta memanggilku ... yer untuk meneruskan langkah hidup ke 'stage' seterusnya ...
ramai member2 da ke alam rumahtangga. its time for me too ... taknak terlalu lama menanti ... Kalau mmg dah jodoh insya Allah sy mengimpi untuk bergelar zaujah kpd jodoh dunia akhirat ku :')
bersaksi cinta diatas cinta
dalam alunan tasbihku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa
sebut namanya terukir merdu
tertulis dalam sajadah cinta
TETAPkan pilihan sebagai teman
KEKAL ABADI hingga AKHIR ZAMAN
ISTIKHARAH cinta memanggilku
memohon petunjukMU
satu nama teman SETIA
naluriku berkata
di pernantian luahan rasa
TEGUH SATU PILIHAN
pemenuh separuh nafasku dalam mahabbah rindu
istikharah cinta memanggilku memohon petunjukMU :')
Buat bakal zaujku yang soleh ... Nah kita hadiahkan cerita ni untuk awak ... Moga bertambah soleh :)
::KEDAI MENJUAL ISTERI::
Selepas tengah malam ! Kedai yang menjual isteri telah dibuka.... di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai seorang isteri.
Peraturan main untuk masuk Kedai tersebut adalah:
"Kamu hanya dapat mengunjungi kedai ini SATU KALI !"
Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri.
Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanita tersebut.
Kamu dapat memilih wanita di tingkat tertentu, juga boleh memilih ke tingkat berikutnya, tapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.
Lalu, seorang lelaki pun pergi ke KEDAI ISTERI tersebut untuk mencari Calon Isteri.
Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:
Tkt 1: "Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak."
Lelaki itu tersenyum, kemudian dia naik ke tingkat selanjutnya.
Tkt 2:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut."
Kembali lelaki itu naik ke tingkat selanjutnya.
Tkt 3:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik."
''Wow!'', ujar sang lelaki, tetapi pikirannya masih penasaran dan terus naik.
Lalu sampailah lelaki itu di tkt. 4 terdapat terdpt tulisan:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang anak."
'Ya ampun!' Dia berseru, Aku hampir tak percaya!'
Dan dia tetap melanjutkan ke tingkat 5:
"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik , sayang anak & sexy.."
Dia tergoda utk berhenti tapi kemudian dia melangkah ke tingkat 6 dan terdapat tulisan:
"Anda adalah pengunjung yang ke 4,363,012,123. Tak ada wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk laki-laki yang tidak pernah puas, terima kasih kerana telah berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini."
Saudaraku... , setiap kita tak ada yang sempurna, tak ada sesuatupun yang mampu memuaskan kita di dunia ini, ISTERI cantik, SUAMI tampan, kekayaan, rumah besar, KERETA mewah, kelihatannya begitu WAH ATAU GAH dilihatnya.. namun itu hanya sementara..
Ya, hanya RASA SYUKUR dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan buat kita, itulah yang membuat HIDUP ini begitu INDAH, kerana kita selalu PUAS terhadap apa yang Allah berikan kepada kita.
Renung- renungkan;
Tidak ada manusia yang sempurna sifatnya di atas mukabumi ini..
Assalammualaikum :)
kalau tak jwb dosa, kalau jawab tanda syg dan chenta :p
Ohhh aimi..sejak bila hg pandai berkarya ni :p
ReplyDelete