Tuesday, March 19, 2019

When you migrate to Australia

Assalammualaikum guys !


Ya Allah seriously miming rasa nak jerit haha ! I’m missing this blog okay. Masha Allah.
Okay korang huhu bila baca balik dr my very first entry blog kan memang nampak perbezaan ittew haha. Nampak lah skrg miming lebih matured. Hehe. Btw if korang nak tau miming tak pernah terfikir tau untuk migrate. And even get married in overseas omaigod 😂

So seperti yang korang tau miming mmg #GengMudaKakiTRAVEL kahkah miming alhamdulillah memamaangg selalu keluar masuk Aussie ni. First time miming pijak kaki kat sini di bumi Melbourne. That time miming ada business project as I have to go with opkos my sista known as my leader too and my ibu.



Boleh nampak kan mcmn muka miming masa ni kahkah 
Okay so ni first time miming nak merasa fly ke bumi kangaroo 🦘 hihi


Hanya kerana projek bisnes. Terlalu banyak kelakar nya masa mula dtg tu. Paling best kena tipu masa sewa keta ya Allah dah bayar 400aud kot! Then kitorg mula buat shooting for The Walking Beauty project dekat2 hotel je that is Yarra river haha 




 



We alls ke Victoria Market. Federation Square. Thats ALL. I think 🤔 sooo HAHA
No Brighton beach. No St Kilda beach. Not even watching penguin guys punya lah sad. But luckily ada jugak lah best moment we alls bila berjalan tanpa arah dengan tram nye then we saw muslim yang buat something like charity and they gave people beger FREE ok! At first i was like eh knapa ramai2 beratur ni after knowing that the beger iz FREE miming manage to Q repeatedly kahkah 

I oso met Sara my ex schoolmate then ajak dia try facial with me. And that’s pretty awesome! Hehe. Then we alls go back to Msia hmm 

Next miming come to Australia AGAIN but kali ni lagi best sebab miming datang bersama TWB  members. Tapi kali ni ke Perth pulak. 

Thursday, July 27, 2017

set KULIT CANTIK shaklee

assalammualaikum


ok harini miming nak cerita tentang set cantik! sape tak suka cantik oi especially kaum hawa kan? dalam Shaklee ada banyak sangat pilihan untuk jadi cantik menawan macam miming ops haha ala gurau sikit pun tak boleh 


Vivix 

menjadikan kulit anda lebih muda dan berseri. BONUS untuk anda yang mengamalkan Vivix, anda bukan saja dapat mengekalkan awet muda dan renew sel setiap hari tetapi juga dapat mengekalkan kesihatan ditahap Optimum. Ini kerana Vivix mampu mencegah daripada penyakit kronik seperti Kanser. Vivix suplement untuk keseluruhan, Kecantikan dan Kesihatan.







Collagen Powder 

memang terbukti berkesan. Segala bapak jerawat, mak mak jeragat hilang!!! Yessss, betul!! Bukan sahaja untuk cantik kekal berseri dan menjadikan kulit licin bersih malah, ianya juga dapat menyembuhkan sakit sakit lutut dan slip disc dapat dikurang, Alhamdulillah dan ianya memang terbukti. Sangat lah di cadangkan untuk mencuba. Memang terbaik! Jika terdapat bekas2 jerawat atau kesan parut yang mengganggu kelicinan dan kehalusan kulit maka memang patut try collagen ni. Highly recommended! jika gabungkan Vivix dan Collagen memang la meletop WOW sangat! 

Wednesday, July 12, 2017

confinement lady 💕

reneh sup ayam simple !

assalammualaikum semua ...

ok harini miming nak share cara masak untuk orang dalam pantang sup ayam simple haha
ramai je orang tau rasanya masak sup ayam ni .

tapi takpe miming nak kongsi jugak hahaha sebab miming punya cara istimewa hihi




nak masak ni basic dia sama je mesti ada
💚 bawang putih
💚 bawang merah
both tumis sampai garing
sebelum tumis tumbuk dulu fuhhh bagi sebati .

💚 halia
💚 sup bunjot
💚 kulit kayu manis
💚 kentang
💚 tomato
💚 daun bawang

💚 AYAM semestinya ! haha kalau tak tak jadi laa sup ayam haha

boleh guna ayam hutan lagi sodap liat tambah fresh tanpa cucuk SIHAT gittew haha !

dah siap semua bahan potong bagai . masukkan air dan semuanya campur ke dlm periuk dengan bawang yg dah di tumis tadi . (sup ayam org pantang kita tak tumis tau bawang sebab taknak guna minyak dlm masakkan hew)

sup orang pantang walau tak tumis jgn risau, tetap ada minyak nya .
bila kentang dah empuk . boleh laa masukkan ayam tomato dan daun bawang . ayam ni laa akan keluarkan minyak nya sendiri ...

💚 istimewa masakan miming tiap kali masukkan bahan jgn lupa selawat dan doa yg baik dlm hati lah bg elakkan riak dan air liur bergabung bila kita bc kuat HAHAHA

SIAP ! boleh laa hidang kepada kakak miming yg dlm pantang dan diri miming yg tengah DIET haha 

sebelum hirup dan makan hanya dgn segenggam nasi sup tu boleh lah telan lecithin Shaklee 3 biji / omega Shaklee 1/2 biji untuk yg tengah ber diet tu kahkah 


dah alang alang masakkan orang dlm pantang, tu yang aimi diet sekali . nanti kita share khasiat lecithin and omega sampai berat badan ioll kejap je boleh turun 4kg kau !
#aimiShaklee

Sunday, September 11, 2016

Boss VS LEADER

Amboi. Header tajuk da lain macam semacam. Hehe.
Lupe.

Assalammualaikum semua yg dirahmati ALLAH in shaa Allah (:
Okay entry kali ni aimi nak meluahkan rasa hati aimi. Yang sudi boleh lah baca dengan penuh menghayati. Hee.

Satu ketika dulu. Aimi pernah. Bukan jd boss tau haha. Tapi jadi pekerja boss huhu. Seddih sedih weh! Sebab tak kira aimi buat kerja byk ke sikit gaji tetap sm... wawawa :'(

Pulak. Da lah gaji remain. Klu boleh masuk ot pun kira sikit je tambah (kerjaya menimba pengalaman seorg accountant mari lah ber huhuhuhuhu) balik malam je sokmo!

Paling best bila kena 'buli' dengan boss! Rase dia lazat yummy sgt ko! Ms lee minta aku check bank statements etc. Best woo duduk dekat kerusi besar dia check benda alah tu bg sampai tally. Dengan mlm makin menggelap.
Make sure benda tu balance. Sambil ms lee santai kat sofa bukak paper mkn kek! Kahkah

Aimi ayg boss aimi tu. Baik. Cuma tu lah sometimes dia mengajar. Tp most of the time dia mengarah. Tp dia tak buat. Erghhh. Haha

Dannn alhamdulillah skrg aimi kerja sendiri. Nampak 1 benda ni beza boss vs LEADER. Paling JELAS nyata aku lah kuli aku lah boss kahkah! Aimi nampak bila boss ni dia pompang main kompang tp bunyi tadak! (Wah exboss aku bca mati aku ni haha)

Tp BEZA ok dengan LEADER. Leader ape yg dia perkata pd anak buah. Itu jugak yg dilakukan. Very cool hikhik.



Mu tengok. Kawe perati je perangai boss. Haha. Dia dok atas sambil ringang jari tu dok main tunjuk. Tapi beza leader. Leader mcmn yg leader aimi buat. They teach me how. They accompany me. They walk with me. What do you think? Not sweet enough? (:

My boss dulu pun sweet. Banyak juga guidance nya. Tapi dia ajar untuk buat kerja yg dia arahkan lah. Tak mcm leader. Leader aimi tak minta aimi buat kerja dia. Sebaliknya ajar aimi ajak aimi bersama untuk berjaya mcm dia!

Klau leader aimi bonus puluh ribu. Aimi pun boleh dapat! Beza dengan boss. Klau boss income dia mkn bertambah. Kita pulak mkn bertambah gak. Bertambah krikk krik menunggu kot boss murah hati nak tmbh kan gaji. Kahkah!

Boss tak ajar kita mcmn nak berjaya mcm dia. Tp dia ajar mcmn nak berjaya siapkan kerja dia hahaha

Thursday, August 18, 2016

Tips ke PERTH bersama The Walking Beauty team...💕

Alhamdulillah... such a very long long & long time ago ms tulis blog ni

Assalammualaikum semua ! Cakap lah missing me ahaks hahah ! Ok joking ;)
Hope you guys in a very good health in shaa Allah ...

Okay lm ya aimi sepi. Sorry ... sebab sibuk sikit urus diri kahkah. For the very good entry kali ni aimi nak share sikit tips masa aimi ke Perth lebih kurang last 2 weeks ago.

Aimi bg korang warm up dlu lah dengan gambar hihi
Saje nak bg korang fefeling sikit kan

Okay tak habis tulis lagi ni... hahaha jgn lupa teruskan stalk aimi. Baru aimi continue hikhik

Saturday, March 21, 2015

.......

post kali ni nak bace PLEASE MAKE SURE internat korang kuat haa !dan anda digalakkan baca entry blog sy kali ni dengan menggunakan laptop untuk dengar lagu latar yang pada sy sangat menyentuh :')
nak bace fefeling sikit :p
internet kuat baru bole bace sambil dengar backgroud music hihi
tapi kalau rase tak bole fokus bace, bole pausekan dulu music kat atas ni je yer :)



- TAHAJJUD -

kemulian seorang mukmin terletak pada tahajjudnya ...
pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah :')


masa berjalan dan terus berjalan.. eh bukanlah masa da macam berlari ni.. sorang demi sorang teman melangkah ke alam perkahwinan :')


mungkin sudah tiba masanya ... selepas satu-satu yang datang dan dilepaskan ...



*** *** *** *** *** *** ***

lately ni selalu pulak jumpe lectures zmn blajar ... antaranya ustaz naim ( warden ms rayu nak stay hostel dulu, dok sibuk bg surat kat ustaz. fotostat bebyk tuh, tiap kali nak dok hostel tggl mnta ustaz sign jer hehe :p )
cuma nak cerita ustaz rajin dtg tmn ni bg ceramah :)

nanti next entry blog sy, sy share berkaitan ceramah ustaz pula yer ... OK continue
then, join gym jumpe madam yanti pulak. ini madam zmn blaja AIS (salah satu subjek bdk acc) dedulu ...
madam pesan : bla ... bla ... bla...awak kena ada plan/matlamat contoh nak kawin bila. insyaAllah benda tu akan datang . aik ?? :O

tapi bila fikir2 betul jugak madam kata ... kena ada matlamat. yang realistic . dannnn sekarang mmg dah ada matlamat . malah semakin jelas . 
borak punye borak lahaiii ngindu zmn belajau hehe . every moment terengat .

*** *** *** ***
zaman belajar mengajar kita macam-macam. da nama pun zaman belajau kan. for sure ia MENGAJAR kita. ada happy. ada drama sebabak ouh sedihnya. macam-macam lah.

kata imam Syafie perkara yang plg jauh dengan kita ialah masa silam :')
setiap yang terjadi pada masa silam, pada sy itu semua rencah yang menyedapkan & menyerikan hidup sy ...

the most important thing is semuanya dah berlalu ...

balik pada pesanan madam, istikharah cinta memanggilku ... yer untuk meneruskan langkah hidup ke 'stage' seterusnya ...

ramai member2 da ke alam rumahtangga. its time for me too ... taknak terlalu lama menanti ... Kalau mmg dah jodoh insya Allah sy mengimpi untuk bergelar zaujah kpd jodoh dunia akhirat ku :')


bersaksi cinta diatas cinta
dalam alunan tasbihku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa


sebut namanya terukir merdu
tertulis dalam sajadah cinta
TETAPkan pilihan sebagai teman
KEKAL ABADI hingga AKHIR ZAMAN


ISTIKHARAH cinta memanggilku
memohon petunjukMU
satu nama teman SETIA
naluriku berkata


di pernantian luahan rasa
TEGUH SATU PILIHAN
pemenuh separuh nafasku dalam mahabbah rindu

istikharah cinta memanggilku memohon petunjukMU :')


Buat bakal zaujku yang soleh ... Nah kita hadiahkan cerita ni untuk awak ... Moga bertambah soleh :)


::KEDAI MENJUAL ISTERI::

Selepas tengah malam ! Kedai yang menjual isteri telah dibuka.... di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai seorang isteri.

Peraturan main untuk masuk Kedai tersebut adalah:
"Kamu hanya dapat mengunjungi kedai ini SATU KALI !"

Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri.
Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanita tersebut.

Kamu dapat memilih wanita di tingkat tertentu, juga boleh memilih ke tingkat berikutnya, tapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.

Lalu, seorang lelaki pun pergi ke KEDAI  ISTERI tersebut untuk mencari Calon Isteri.

Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:
Tkt 1: "Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak."

Lelaki itu tersenyum, kemudian dia naik ke tingkat selanjutnya.
Tkt 2:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut."

Kembali lelaki itu naik ke tingkat selanjutnya.
Tkt 3:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik."
''Wow!'', ujar sang lelaki, tetapi pikirannya masih penasaran dan terus naik.

Lalu sampailah lelaki itu di tkt. 4 terdapat terdpt tulisan:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik  dan sayang anak."
'Ya ampun!' Dia berseru, Aku hampir tak percaya!'

Dan dia tetap melanjutkan ke tingkat 5:
"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik , sayang anak & sexy.."

Dia tergoda utk berhenti tapi kemudian dia melangkah ke tingkat 6 dan terdapat tulisan:

"Anda adalah pengunjung yang ke 4,363,012,123. Tak ada wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk laki-laki yang tidak pernah puas, terima kasih kerana telah berbelanja di KEDAI  ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini."

Saudaraku... , setiap kita tak ada yang sempurna, tak ada sesuatupun yang mampu memuaskan kita di dunia ini, ISTERI cantik, SUAMI tampan, kekayaan, rumah besar, KERETA mewah, kelihatannya begitu WAH ATAU GAH dilihatnya.. namun itu hanya sementara..

Ya, hanya RASA SYUKUR dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan buat kita, itulah yang membuat HIDUP ini begitu INDAH, kerana kita selalu PUAS terhadap apa yang Allah berikan kepada kita.

Renung- renungkan;
Tidak ada manusia yang sempurna sifatnya di atas mukabumi ini..

Assalammualaikum :)
kalau tak jwb dosa, kalau jawab tanda syg dan chenta :p